Selasa, 21 Disember 2010

Lelaki acuan al-Quran

Lelaki acuan al-quran ialah seorang lelaki yang beriman

•Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah s.w.t
•Yang sentiasa haus dengan ilmu
•Yang sentiasa dahaga dengan pahala
•Yang solatnya adalah maruah dirinya
•Yang tidak pernah takut berkata benar
•Yang tidak gentar melawan nafsu
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tutur katanya:

•Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
•Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari
•Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang.
•Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibunya:

•Yang sentiasa berbakti kepada org tuanya dan keluarga
•Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga.
•Yang akan mendidik anak mendalami agama islam.
•Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan kerana dunia baginya rumah   
  sementara menunggu akhirat.
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamnya:

•Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j
•Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
•Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa:

•Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca.
•Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan berzikir.
•Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
•Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t
•Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.
Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati:

•Yang baginya di dunia adalah lading akhirat.
•Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga.
•Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…..

•Yang kerana dia mengimpikan Syurga di situlah rumah impiannya….. ‘Dialah  
 lelaki acuan al-Quran’.

Renung2 kanlah

Dikuasakan oleh Blogger.