Selasa, 21 Disember 2010

Berlaku adillah sesama insan



Kata-kata ini haruslah menjadi renungan buat mereka yang tidak memahami situasi seseorang maupun orang lain dengan memperlekehkan kehendak dan keinginan orang lain. Janganlah kita lupa pada diri kita yang asalnya adalah seorang yang amat kerdil dan menjadi orang bawahan sebelum menjadi seorang ketua lebih-lebih lagi pada mereka yang bergelar guru besar atau pengetua, jangan lupa bahawa kamu suatu ketika dulu adalah seorang yang mengharapkan ehsan dan perhatian daripada ketua kamu. Ingatlah bahawa kamu lahir bukanlah terus menjadi seorang pegawai atau ketua.Dengan menyakiti hati orang lain akan menambahkan lagi salah faham dan permusuhan, seterusnya akan menambah dosa pada kita apabila selalu menyakiti hati orang lain, terutama sekali pada guru besar dan pengetua yang suka memberi markah prestasi yang rendah pada guru-guru yang rajin bekerja tapi orang yang suka mengampu juga yang mendapat markah prestasi  tinggi..


Pada guru besar dan pengetua yang berlaku adil, maafkan saya, semua ini buat renungan pada mereka yang suka menyalahgunakan kuasa mereka. Teruskan Usaha kalian semoga dirahmati ALLAH S.W.T.

Wallahualam...

Dikuasakan oleh Blogger.