Sabtu, 2 April 2011

Pulau Mandi Darah

Pulau Mandi Darah Banggi Kudat






 
Pulau Mandi Darah merupakan pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Kampung  Mapan-mapan daerah Pitas, Sabah, Malaysia. Keluasan sebesar 2.5 kilometer persegi. Pulau Mandi Darah terletak di utara Bongkol daerah Pitas dan berdekatan dengan Teluk Kanibungan. Ketinggian tertinggi pulau ini adalah sebuah bukit dengan ketinggian 529 buah meter. Pulau Mandi Darah juga dikelilingi oleh pulau-pulau yang besar seperti Pulau Tigabu dan Pulau Manawali  Banggi Kudat. Bilangan penduduk adalah lebih kurang 40 hingga 75 orang dimana terdapat lebih kurang 35 buah rumah yang didirikan ditepi pantai. Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.




Pulau Mandi Darah mula dihuni atau didiami oleh suku kaum Ubian pada tahun 1885 apabila sekumpulan penduduk Kampung Pulau Tigabu berpindah ke Pulau Mandi Darah yang diketuai oleh Panglima Mohd Abdullah bin Panglima Lahibban pada 04.07.1885. Panglima Mohd Abdullah bin Panglima Lahibban telah dilahirkan pada 24.06.1870 dan telah bercadang untuk membuka sebuah perkampungan disebuah pulau yang diberi nama Pulau Mandi darah yang terletak disebelah barat Pulau Tigabu Banggi Kudat. Setelah tertubuhnya Kampung Mandi darah, Panglima yang pertama telah dilantik iaitu Panglima Lahibban bin Panglima Salleh pada tahun 1886 sehingga 1900 kemudian pada tahun 1900 jawatan Panglima telah digantikan oleh anaknya Mohd Abdulah sehingga tahun 1946. Pada tahun 1946 jawatan Panglima telah digantikan oleh Sinnong sehingga tahun 1988. Pada tahun 1991 jawatan Panglima telah digantikan oleh Ahmad bin Abdullah sehingga tahun 2007.





Menurut cerita Pulau Mandi Darah telah diberi oleh OKK Tuan Haji Salahuddin kepada Panglima Mohd Abdullah dengan bersaksikan dua orang OKK iaitu Haji Datu Jamaluldan Datu Harun. Pulau Mandi Darah telah didiami oleh orang Ubian lebih kurang selama 121 tahun.

Cara pergi ke sana: anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat.






Bahasa Pertuturan
Bahasa yang digunakan oleh penduduk Kampung Pulau Mandi Darah Banggi ialah Bahasa Ubian dan Bahasa Melayu.





Kehidupan dan sumber pendapatan
Penduduk Kampung Pulau Mandi Darah hidup dalam suasana yang sederhana dimana kebanyakkan penduduknya bekerja sebagai nelayan dan bertani. Hasil pendapatan yang tidak seberapa banyak akan dibawa ke tamu di Bongkol atau Kanibungan manakala jika hasil pendapatan yang banyak akan dibawa ke daerah Kudat untuk dijual.




Makanan utama
Makanan utama penduduk Pulau Mandi Darah adalah dari makanan laut dan sayur-sayuran yang ditanam.




Pelawat
Sekiranya ada pelawat dari luar yang datang ke kampung ini hendaklah meminta kebenaran dari ketua kampong terlebih dahulu kemudian akan dimaklumkan kepada ketua tentera yang mengawal kampong Pulau Mandi Darah.Hal ini untuk memastikan semua tentera akan mengetahui ada pelawat dan tidak akan diperiksa dan dibawa ke kem tentera untuk disoal siasat.

                                                                                                                     20.11.2010





Anak Jati Pulau Mandi Darah Banggi Kudat, Sabah

Dikuasakan oleh Blogger.