Rabu, 30 Mac 2011

Guru sandaran tidak ditambah, serap jadi guru sandaran terlatih


2011/03/29

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk tidak menambah bilangan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) adalah bagi memastikan GSTT sedia ada dapat diserap menjadi guru sandaran terlatih (GST) terlebih dahulu selepas latihan ikhtisas diberikan kepada mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata semua GSTT yang telah berkhidmat lebih dua tahun dan berusia tidak melebihi 35 tahun akan diberikan latihan tersebut dan berpeluang diserap menjadi GST.
"Bagi sedikit masa kepada kementerian untuk membuat perkara ini. Jangan ada orang kata kita tidak mengambil GSTT. Kita kena tengok kenapa kita tidak ambil GSTT.
"Kalau kita masukkan sahaja (GSTT) dan hantar ke latihan ikhtisas perkara ini tidak akan selesai. Kita mahu habiskan dulu apa yang ada dan masukkan dalam sistem," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan menarik balik surat penamatan perkhidmatan GSTT dan mahu menyerap mereka menjadi GST.

Wee berkata, pada masa Kementerian Pelajaran sedang meneliti dan mengenal pasti setiap data dan statistik mengenai GSTT yang ada di seluruh negara sebelum latihan tersebut dapat diberikan kepada mereka. - BERNAMA

Sabtu, 26 Mac 2011



Pembuatan Kelambu Ka’abah





Fakta Pembuatan Kelambu Ka’abah

* Perbelanjaan buat kelambu Kaabah memakan belanja sebanyak RM17.5 juta
* Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun
* Lokasi pembuatan itu terletak di Masna’ Kiswah Ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah tempat terkenal dalam sejarah Islam
* Lokasi itu, menurut Khamis, didirikan Raja Arab pada 7 Rabiul Akhir 1397 hijrah.
* Arab Saudi mula merencanakan pembuatan kiswah pada Muharam 1346 hijrah, pada zaman pemerintahan al-Malik Abdul Aziz Abdul Rahman al-Saud.
* Kelambu Kaabah bahagian luar berwarna hitam dengan lapisan berwarna putih di bahagian dalamnya, manakala kiswah di bahagian dalam Kaabah berwarna hijau.

“Sebanyak 670 kilogram benang sutera asli diperlukan bagi membuat kiswah, dana dikeluarkan adalah RM17.5 juta,” katanya.
Pembuatan kiswah katanya, membabitkan mesin dengan kemampuan 9,986 benang per meter.
“30 tahun lalu, kiswah dibuat dengan alat tenun, memakan masa lapan bulan, berbanding menggunakan mesin hanya mengambil masa lima bulan,” katanya.

Replika pintu Kaabah disulam dan ditutup dengan kiswah berhiaskan pelbagai ayat suci al-Quran yang dibuat pada zaman Sultan Murad Khan 1410 hijrah. Pekerja menyulam benang emas dan perak serta memotong kiswah dan membentuk kaligrafi ayat al-Quran.
Lokasi Masna’ Kiswah terletak berhampiran Muzium Haramain, di mana setiap 1 Zulhijah diadakan upacara simbolik penyerahan kiswah kepada Ketua Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Imam Masjidil Haram biasanya menghadiri upacara penyerahan kiswah pada upacara penyerahan 1 Zulhijah 1431 hijrah, yang dihadiri Imam Syeikh Mahir al-Mu’aykali.

Pada upacara itu dilakukan penyerahan simbolik kunci pintu Kaabah kepada Dr Saleh al-Saiby, ahli waris pemegang kunci pintu Kaabah. Pemegang kunci sebelumnya ialah Abdul Aziz al-Saiby, beliau sudah meninggal dunia.
Keluarga al-Saiby menjadi pemegang kunci pintu Kaabah sejak zaman Quraisy lagi, iaitu sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi dan Rasul.

Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam.

Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang.
Kerajaan Arab Saudi mengambil tanggungjawab menenun kain kelambu Kaabah itu. Sebelum ini ia pernah ditenun di Mesir dan India tetapi didapati mudah luntur.

Oleh itu, perhatian jemaah umrah dan haji selalu ditumpukan penglihatan mereka kepada kiswah dan Kaabah, di mana begitu penting ganjaran pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi).

Salam Bahagia Semua Tertarik untuk share fakta ni kot-kot ada yang terlepas pandang .. -Perbelanjaan buat kelambu Kaabah memakan belanja sebanyak RM17.5 juta -Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun -Lokasi pembuatan itu terletak di Masna’ Kiswah Ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah tempat terkenal dalam sejarah Islam -Lokasi itu, menurut Khamis, didirikan Raja Arab pada 7 Rabiul Akhir 1397 hijrah. -Arab Saudi mula merencanakan pembuatan kiswah pada Muharam 1346 hijrah, pada zaman pemerintahan al-Malik Abdul Aziz Abdul Rahman al-Saud. -Kelambu Kaabah bahagian luar berwarna hitam dengan lapisan berwarna putih di bahagian dalamnya, manakala kiswah di bahagian dalam Kaabah berwarna hijau.

“Sebanyak 670 kilogram benang sutera asli diperlukan bagi membuat kiswah, dana dikeluarkan adalah RM17.5 juta,” katanya.Pembuatan kiswah katanya, membabitkan mesin dengan kemampuan 9,986 benang per meter. “30 tahun lalu, kiswah dibuat dengan alat tenun, memakan masa lapan bulan, berbanding menggunakan mesin hanya mengambil masa lima bulan,” katanya. Replika pintu Kaabah disulam dan ditutup dengan kiswah berhiaskan pelbagai ayat suci al-Quran yang dibuat pada zaman Sultan Murad Khan 1410 hijrah. Pekerja menyulam benang emas dan perak serta memotong kiswah dan membentuk kaligrafi ayat al-Quran. Lokasi Masna’ Kiswah terletak berhampiran Muzium Haramain, di mana setiap 1 Zulhijah diadakan upacara simbolik penyerahan kiswah kepada Ketua Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Imam Masjidil Haram biasanya menghadiri upacara penyerahan kiswah pada upacara penyerahan 1 Zulhijah 1431 hijrah, yang dihadiri Imam Syeikh Mahir al-Mu’aykali. Pada upacara itu dilakukan penyerahan simbolik kunci pintu Kaabah kepada Dr Saleh al-Saiby, ahli waris pemegang kunci pintu Kaabah. Pemegang kunci sebelumnya ialah Abdul Aziz al-Saiby, beliau sudah meninggal dunia. Keluarga al-Saiby menjadi pemegang kunci pintu Kaabah sejak zaman Quraisy lagi, iaitu sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi dan Rasul. Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah.

Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam. Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang. Kerajaan Arab Saudi mengambil tanggungjawab menenun kain kelambu Kaabah itu.

Sebelum ini ia pernah ditenun di Mesir dan India tetapi didapati mudah luntur. Oleh itu, perhatian jemaah umrah dan haji selalu ditumpukan penglihatan mereka kepada kiswah dan Kaabah, di mana begitu penting ganjaran pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi).

Jumaat, 25 Mac 2011

PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas <span>

Empat perkara melemahkan badan 

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau  
 4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)  
 3. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama

TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.

 TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

 TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.

 TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Rabu, 23 Mac 2011

Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun


Tun Datu Mustapha Datu Harun (31 Julai 1918-2 Februari 1995) merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau juga digelar 'Bapa Kemerdekaan Sabah' dan 'Bapa Pembangunan Sabah'.


Baca seterusnya 
                                            BiodataTun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun

Ahad, 20 Mac 2011

Wanita



Renungan


Khamis, 17 Mac 2011

Rahsia Iblis



sekadar memanjangkan. .....

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t:
" Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "


2. Iblis berkata:
"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?."

Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
"Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


3. Iblis berkata lagi:
"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?".

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."


6. Tanya iblis lagi:
"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."


7. Kata iblis:
"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)


8. kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?."

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."


9. Kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."


10. Kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

Allahualam...

Rabu, 16 Mac 2011

Rasulullah SAW Menangis Di Padang Mahsyar



Mari tonton seketika:


                  

Lalai solat kerana pengaruh dunia



Oleh Mohd Zawawi Yusof

PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah? Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.

Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.

Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja,
kita tidak akan dapat rasa khusyuk.

Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.

Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.

Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.

Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.

Isnin, 14 Mac 2011

Rahsia Kejadian Manusia



Assalamu'alaikum

Allah SWT menerangkan di dalam kitab suci al-Quran, Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :

PERINGKAT PERTAMA :
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insaan : 2 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas sama ada telaga, tabung dan sebagainya manakala perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki (sperma) dan air mani (ovum) perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA :

‘ALAQAH : Peringkat pembentukan 'alaqah ialah pada hujung minggu pertama (hari ketujuh) . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi 'alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi 'alaqah”. Surah al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan 'alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. 'Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu 'alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • Sesuatu yang bergantung atau melekat seperti pacat atau lintah
  • Suatu buku atau ketulan darah
Peringkat 'alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA :

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14.
Firman Allah yang bermaksud :
“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14
Pada peringkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT :

'IZHAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :
“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi 'izham dan kemudiannya Kami membalutkan 'izham dengan daging”
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA :

NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embryo tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja

PERINGKAT KEENAM :

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulama' Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172.

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." (al-a'raaf [7] : 172)

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.
Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan;(Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai".

Gambar istimewa yang sangat luar biasa yang dirakam oleh Lennart Nilsson. Sila lihat hasil kerja beliau yang lain di dalam webnya.













































Nikmat bersin


Assalamu'alaikum.

Di bawah ini saya copy artikel bertajuk Nikmat bersin, bahana menguap tanpa tutup mulut Oleh Ibrahim Abdullah di Berita Harian bertarikh 12 Julai 2010

ANAS bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: "Sebab yang seorang mengucapkan 'alhamdulillah', sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya." (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.

Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma'ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah ‘alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan ‘yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa ‘yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis riwayat Bukhari).


Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta. Firman-Nya dalam hadis Qusi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”

Lain bersin, lain pula menguap (tatha'ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit.

Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.

Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.

Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian Baginda merendahkan suaranya.”

Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang flu (selesema).”

Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya'ari pula, berkata: “Seorang Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah: ‘yahdikumullah wa yuslihu balakum.’

Berdasarkan hadis ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidayah dan taufik kepada keimanan, dan tidak mendoakan mereka dengan rahmat dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun tidak boleh bagi orang yang mendengarnya mendoakannya dengan mengucapkan yarhakumullah.

Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang mereka ucapkan setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas mereka. Maka dengan bersin itu mereka saling mendoakan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaannya.

Daripada al-Barra' bin 'Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami daripada tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan, menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang bersin, membalas salam, menolong orang yang dizalimi, memenuhi jemputan, dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).

Sumber: Berita Harian

Boleh juga baca tentang Bersin n menguap di @AL-BAKISTANI


Tsunami di Jepun




  11 March 2011 Friday 18:46

























Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.

Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini.

Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.

Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.

Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini.Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.

LOS ANGELES, March 11 —Japan’s biggest earthquake since records began hit the northeast coast today, triggering a 10-metre tsunami that inundated everything in its path.

Here are the 10 strongest earthquakes recorded since 1900, by order of magnitude.

May 22, 1960 — Chile — An earthquake of magnitude 9.5 struck Santiago and Concepcion, triggering tidal waves and volcanic eruptions. Some 5,000 people were killed and 2 million made homeless.

March 28, 1964 — Alaska — An earthquake and ensuing tsunami killed 125 people and caused about US$310 million (RM942.40 million) in property loss. The magnitude 9.2 quake buffeted a large area of Alaska and parts of western Yukon Territory and British Columbia in Canada.

Dec. 26, 2004 — Indonesia — A magnitude 9.1 quake struck off the coast of Aceh province on the Indonesian island of Sumatra, setting off a tsunami that killed more than 226,000 people in Sri Lanka, Thailand, Indonesia, India and nine other countries.

Nov. 4, 1952 — Russia — An earthquake with a magnitude of 9.0 generated a tsunami that reached the Hawaiian islands. No lives were lost.

March 11, 2011 — An 8.9 magnitude quake struck Japan, causing many injuries. The US Geological Survey verified the quake at a depth of 15.1 miles and located it at 81 miles east of Sendai, on the main island of Honshu.

— The Philippines, Taiwan and Indonesia all issued tsunami alerts, reviving memories of the giant tsunami which struck Asia in 2004. The Pacific Tsunami Warning Center issued alerts for countries as far away as Colombia and Peru.

Feb. 27, 2010 — Chile — An 8.8 magnitude quake and subsequent tsunami in Chile killed more than 500 people and caused some US$30 billion in damage, wrecking hundreds of thousands of homes and mangling highways and bridges.

Jan. 31, 1906 - Ecuador - An earthquake with a magnitude of 8.8 struck off the coast of Ecuador and Colombia, generating a tsunami that killed up to 1,000 people. It was felt all along the coast of Central America and as far north as San Francisco and west to Japan.

Feb. 4, 1965 - Alaska - An earthquake of magnitude 8.7 generated a tsunami reported to be about 10.7m high on Shemya Island.

March 28, 2005 - A magnitude 8.7 quake off Sumatra was estimated to have killed 1,300 people, many on Nias island off Sumatra’s west coast.

March 9, 1957 - Alaska - An earthquake with a magnitude of 8.6 rattled the Andreanof Islands. On Umnak Island, Mount Vsevidof erupted after being dormant for 200 years, generating a 15-m tsunami that continued to Hawaii.

Aug. 15, 1950 - Tibet/India - Two thousand homes, temples and mosques were destroyed in a quake measuring magnitude 8.6. Hardest hit was the Brahmaputra Basin in northeast India. At least 1,500 people were killed. Source Reuters/U.S. Geological Survey Earthquake Web site — http://earthquake.usgs.gov/

Dikuasakan oleh Blogger.