Selasa, 30 November 2010

Aku Berjaya!!!

Satu lagi peristiwa yang mendebarkan apabila pagi ini saya mengambil ujian motor di KB dimana hatiku penuh kebimbangan semasa meniti titian, takut rasanya tidak dapat menyeberangi titian tersebut, tetapi dengan semangat dan sokongan dari isteri dan anak tersayang akhirnya aku dapat mengatasi dua halangan yang dianggap cukup mendebarkan itu. Alhamdulillah syukur padanya kerana dengan izin dariNYA aku berjaya dalam ujian tersebut.

Ahad, 28 November 2010

Indahnya kampungku

Pulau Batuan Banggi Sabah

Batuan Banggi Kudat

Jumaat, 26 November 2010

Menghasilkan blog

Hari ini saya telah belajar membuat untuk menghasilkan sebuah blog untuk kegunaan aktiviti harian saya.Al hamdulillah syukur pada Allah kerana dengan izinnya akhirnya pada tarikh 26 November 2010 jam 8.00 malam terhasillah sebuah blog yang bernama Impianku yang mana nama itu bersempena dengan segala impian yang selama ini ingin saya kecapi tidak kira sama ada impian itu bermula sejak saya mula mengenali alam dunia sehinggalah ke akhir hayat saya nanti. Insya Allah semoga semua impian yang tertanam dalam hati yang suci ini akan tercapai hendaknya. Amin...

Dikuasakan oleh Blogger.